Menggambarkan pasangan atau individu yang tidak mempunyai atau tidak boleh menghasilkan zuriat. Memang menyedihkan.... Setiap pasangan yang mendirikan masjid, berhasrat untuk mempunyai zuriat dengan cara yang halal.. Pelbagai usaha yang mesti di ambil semata-mata untuk mendapatkan pewaris bagi salah silah meraka… Namun bagi aku mandul itu berbeza. Sejenak saya terfikir bahawa mandul itu mempunyai maksud yang berbeza jika diertikan dengan angin panas zaman siber…. Bagi aku ia bererti pasangan yang sudah mempunyai anak tetapi balasan dari pengorbanan mereka hanyalah dibalas dengan budi yang amat setan…. Sama jadi seperti tidak beranak. “Lebih baik aku tak payah ada anak kalau macam ni” Cuba anda bayangkan … anak yang berdarah ditatang dan di azankan dengan laungan yang cukup suci… Tapi bila dewasanya dia, pandai mengherdik pula dengan kata-kata yang sangat ‘murni’.. Mandul yang dulunya berisi kata erti yang tiada memberikan pengharapan pada sesapa tetapi pada kali ini ia memberikan makna yang penuh dengan istana impian yang musnah angkara otak dan nafsu setan… Inginkah kita di doakan oleh ibu bapa agar lebih baik kita dimatikan dari dulu lagi…. Kadang-kadang aku sedih bila kalian perlakukan ibu bapamu seperti haiwan ternakan. Sampai masa, kau akan paaggil mereka dan kau akan suapkan mereka dengan makanan… Apa semua ni?????? Bukan kepulan wang harta mu ingin mereka santapkan.. sudah tiada gunanya semua itu.. Hanya sehembus kasih sayang dan perhatianmu sudah cukup membuatkan mereka ‘pergi’ dengan tenang. Cukuplah kau tiupkan kata-katamu agar meraka berasa masih diingati.. ubah lah… Cuba kau renungkan dalam corong pemikiran mu itu… mungkin coretan aku ini tidak kau endahkan, tapi. . . Prihatinkanlah dirimu pada kedua orang tua mu….
@)-,’---
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TETAMU ROH
Kita boleh mendengar apa yang kita cakap,
Tapi tak semestinya kita dapat bercakap tentang apa yang kita dengar,
Kita boleh melihat apa yang kita rasa,
Tapi tak semestinya kita dapat rasakan tentang apa yang kita lihat,
Kita boleh makan apa yang berada dalam tanaman kita,
Tapi tak semestinya setiap yang ada dalam tanaman kita adalah makanan kita,
kita boeh minum dalam setiap sungai yang mengalir jernih,
tapi tak semestinya air yang jernih perlu kau dahagakan,
kita boleh tertawa dalam setiap kisah suka ,
tapi tak semestinya setiap suka kita perlu ditertawakan,
kita boleh menangis dalam setiap duka hiba,
tapi tak semestinya duka itu diiringi setiap tangisan,
kita boleh ingat apa yang kita tahu,
tapi tak semestinya kita akan tahu apa yang kita ingat,
kita boleh nyanyikan pada setiap dendangan lagu,
tapi tak semestinya setiap lagu perlu adaya nyanyian,
kita boleh meminta apa sahaja tentang apa yang kita mahu,
tapi tak semestinya apa yang kita dapat adalah dari permintaan kita,

Ingatan
Meski pun aku hilang keupayaan untuk berbahasa
tapi aku tetap petah berkata2 tentangmu
biar duniaku diam tanpa sebaris lisan
tapi tergiang-ngiang hembusan nafasmu di cuping-cupingku
setiap lenggokan jiwa dan sayang mu ingin ku tatap
aku seru peluk menggunung hiba merajuk
barang sedetik tiada dalam ingatan
pergimu bialah sudah
tapi tanamkan lah keranda cinta di kubur hatiku

No comments:
Post a Comment