Thursday, October 11, 2012

Mereka bukan untuk kamu

Pijak hanya pada tapak sendiri
Berduri, berdarah, berlari, rebah
Tin-tin kosong memekik ketika  menari
Saksi-saksi di tepi haluan
Halangan atau pertolongan??
Jika kau diam, makin enak 'mereka' menari

Friday, October 21, 2011

KULAT CINTA

Yg jelek kau katakan indah
Walau terang dipijak lalat
Walau epal dimakan ulat
Lompong kosong penglihatan jiwa
Adanya kau terima segala busuk hati
Padamu segalanya perihal peribadi
Termanggu terleka pada penipuan indah sihir ‘CINTA’

Tuesday, August 9, 2011

Fitnah

Dalam semak kau merebak
Tumbuh teguh menjalar
Tapi semua dalam diam

Risalah Gila Pemuda Gila


Ep. 4 – Babah basah
Aku menangis teringatkan pengorbanan Babah. Sejak dari mulanya aku bermain bola ketiak di peringkat sekolah rendah, Babah berkorban dari segi masa, wang dan kesabaran. Kami adik beradik memang aktif bermain bola sepak. Anak Babah la katakan.

Friday, July 22, 2011

Periodic

Sampai lah kamu ke destinasi yg lengkap dan sempurna,
Berjuta langkah dan derita yg telah kamu mandi sehingga kamu lali
Luka, berdarah, lumpuh dan patah hanyalah angin pasir yg kau bawa sebelum bermandikan taubat
Apa yg pahit itu penyembuh dosa sama pada nisbahnya
Apa yg manis itu adalah ujian nyenyak lena kamu pada dunia,
Mereka berdua bersahabat baik dgn mu
Sentiasa menyedarkan dan menenangkan kamu pada hati yang berjaga-jaga
Sehingga yang berlaku di atas ini adalah berulang-ulang
'Periodic'

Saturday, April 30, 2011

Risalah Gila Pemuda Gila

EP. 3.'Putih' dan mimpi??
Lalu, aku memanggilnya dengan nada yang sedikit kuat. “Putih!!!!!”. Dengan gerak yang sederhana, dia menoleh kepada ku. Tapi aku terlihat seseorang yang sangat ‘familiar’ dalam mimpi dan angan ku. . . ?????????? Berjalan perlahan di seberang tasik itu. Pandangan ku seolah-olah dipukau. Rupanya ia seorang gadis. Eh!! Putih.. Gadis di seberang adalah Putih? Mengapa muncul Putih sedangkan ada gadis yang ada bersama ku ketika ini. Lalu aku pun bertanya, siapa pula gadis manja yang sanggup muncul dalam mimpi pagi ku??? Lalu aku ingin melihat wajahnya. .

Tuesday, April 12, 2011

WANITA

Wanita, 
Aku kenal kerana pandangannya,
Pandangan hawa yang berbual bercerita,
Pandangan yang sangat bermantera,
Di sampingmu aku kebal dihiris,
Ibarat jampi serapah terlilit dan terkunci di pinggang ku,
Sebati mantera dalam darah arjuna,
Ku langgar,
Ku tikam segala penghalang, sedangkan algojo aku penggalkan,
Kerana dadah si hawa yang sangat khayal,
Hilang cinta darimu,
Hilang sayang bagiku,
Terus bergelap mata warasku,
Menjadikan aku penanggal yang sangat berhantu,
Berkepala tapi tiada isi hati,

Friday, March 25, 2011

Faris Odeh


Bangkitku dari pejam lena yang kelam,
Dari lena yang menceritakan mimpi,
Sebuah mimpi yang menceritakan sinar indah abadi,
Hidup pada bungaan istana,
Harumanku haruman kasturi,

Risalah Gila Pemuda Gila

Ep 2-'Padang Tengkorak'
‘Kantoi di situ’. Hahaha. Tegur sinis Komeng padaku. Lantas aku menukar topik perbualanku pada alatan-alatan pengakap yang inginku beli. Tapi pandangan mataku masih pada gadis yang aku terpanggu tadi. Aku akan namakan gadis itu sebagai ‘si putih’. Selepas tamat kelas teori tersebut, kami berkumpul sekali lagi untuk upacara penutupan perjumpaan pada kali ini. Tepat pukul 1 tengahari kami tamatkan sesi perjumpaan pada kali ini dengan bersalam-salaman. Seperti biasa, babah sudah menunggu di luar sekolah untuk membawaku pulang. Biasalah, hari sabtu adalah hari cuti. Hari ahad pun sama. Kalau nak bekerja, hari isnin bolehlah.

Saturday, February 26, 2011

7 a.m

Salah satu karya berlagu dari saya. hope dapat perhatian. Segala komen baik dan buruk adalah acuan kejayaan bagi saya..

Friday, February 25, 2011

Risalah Gila Pemuda Gila

Ep 1- Budak Pengakap
“Abang Ngah, bangun.. kate arini ada pengakap!!” wah... Mengantuk betul la rasanya. Jeritan ummi tadi membuatkan aku tersedar dari tidurku semalam. Dengan separuh sedar, aku berjalan untuk mengambil tuala. Argh... nafasku seharum kasturi.. hahahah. . mungkin la agaknya. Lalu dengan langkah yang longlai, aku masuk ke bilik mandi. Apa lagi.. bersiram lah. Macam biasa lah. Bermula dengan menggosok gigi, dan diakhiri dengan mencuci muka.  Sebelum itu, aku ingin perkenalkan namaku, aku Syahid, Mohd Syahid bin Harun. Berumur 14 tahun pada tahun ini. Tahun 2OO2. Seorang yang agak tak betul dan peramah. Tapi kadang-kadang ‘pemarah’. Hahahaha. .

Friday, February 18, 2011

Kehendak atau Kemahuan

Bersua kembali pada helaian yang baru kali ini. Apa yang terdetik dalam hati aku untuk mencungkil tajuk ini apabila hal yang sedemikian berlaku pada sahabat aku sendiri. Antara kehendak dan kemahuan. Hal ini berlaku dalam setiap benak hati manusia. Kecewa, menangis, terluka, gembira, keliru dan tertekan semata-mata kerana kehendak dan kemahuan. Kadang-kadang manusia sendiri tak dapat membezakan kehendak dan kemahuan hidup. Baik dalam kehidupan, jodoh, dan pemakaian. Baiklah.. Mari aku bawa kalian sejenak ke pengertian sebenar antara kedua ilusi perkataan ini.

TETAMU ROH

Kita boleh mendengar apa yang kita cakap,
Tapi tak semestinya kita dapat bercakap tentang apa yang kita dengar,
Kita boleh melihat apa yang kita rasa,
Tapi tak semestinya kita dapat rasakan tentang apa yang kita lihat,
Kita boleh makan apa yang berada dalam tanaman kita,
Tapi tak semestinya setiap yang ada dalam tanaman kita adalah makanan kita,
kita boeh minum dalam setiap sungai yang mengalir jernih,
tapi tak semestinya air yang jernih perlu kau dahagakan,
kita boleh tertawa dalam setiap kisah suka ,
tapi tak semestinya setiap suka kita perlu ditertawakan,
kita boleh menangis dalam setiap duka hiba,
tapi tak semestinya duka itu diiringi setiap tangisan,
kita boleh ingat apa yang kita tahu,
tapi tak semestinya kita akan tahu apa yang kita ingat,
kita boleh nyanyikan pada setiap dendangan lagu,
tapi tak semestinya setiap lagu perlu adaya nyanyian,
kita boleh meminta apa sahaja tentang apa yang kita mahu,
tapi tak semestinya apa yang kita dapat adalah dari permintaan kita,

Ingatan

Meski pun aku hilang keupayaan untuk berbahasa
tapi aku tetap petah berkata2 tentangmu
biar duniaku diam tanpa sebaris lisan
tapi tergiang-ngiang hembusan nafasmu di cuping-cupingku
setiap lenggokan jiwa dan sayang mu ingin ku tatap
aku seru peluk menggunung hiba merajuk
barang sedetik tiada dalam ingatan
pergimu bialah sudah
tapi tanamkan lah keranda cinta di kubur hatiku