Tuesday, March 2, 2010

Lupakan pacuan merah mu

Tumpas aku pada kasih lembut bayu si hawa,
Terpanah rasa sayang dari sapaan pandangan nya
Pantas darahku mewartakan rasa cinta ke segenap tubuh
Anak mataku masih berkata-kata pada tertib tingkah lakumu,
Lalu kali ini aku bertekad untuk mendakap cinta sejati yang ku rasakan ianya hak ku semata,
Dengan nada yang sedetik cuma, aku bentangkan kehadiranku dalam hidup hawaku,
Dalam gerak si pemalu, aku korbankan pada nyiur kasih yang akan ku terima.
Baru sahaja battalion cintaku ingin mara melangkah mesra,
Tiba-tiba……!!!!!!!
Aku disambar rasa pedih yang sangat kelam,
Kabur penglihatan mata cintaku diselaputi awan mendung yang dingin
Terpaku kembangan bunga ati yang baru sahaja ku bajakan dengan penuh harapan,
Dari hujung hening anak mataku kau di pimpin manja belalu pergi,
Ingin shaja aku merentap pegangan mu itu lantas ku tergbangkan kau ke dalam syurga duniaku,
Dapat ku tuturkan aku sedia membahagiakn hawaku dalam setiap hela nafasnya
Terlalu ego aku pada kata-kata harapan ku itu,
Kepastian setiap senyuman dalam lenggok tarian idupmu,
Tapi aku sedar satu kenyataan,
Ternyata kau bahagia di sisi putera cintamu,
Kau pantas berlari apabila berpegangan erat dengannya,
Lalu kali ini aku akan matikan jasad cintaku ini,
Aku perlu korbankan harta kebahagiaan cinta sejati,
Hanya untuk kebahagiaan abadi mu
Hanya untuk melukis senyuman di bibir ati cintamu
Tidak perlu aku kecewa andai ia untuk dirimu semata………………

No comments:

Post a Comment

TETAMU ROH

Kita boleh mendengar apa yang kita cakap,
Tapi tak semestinya kita dapat bercakap tentang apa yang kita dengar,
Kita boleh melihat apa yang kita rasa,
Tapi tak semestinya kita dapat rasakan tentang apa yang kita lihat,
Kita boleh makan apa yang berada dalam tanaman kita,
Tapi tak semestinya setiap yang ada dalam tanaman kita adalah makanan kita,
kita boeh minum dalam setiap sungai yang mengalir jernih,
tapi tak semestinya air yang jernih perlu kau dahagakan,
kita boleh tertawa dalam setiap kisah suka ,
tapi tak semestinya setiap suka kita perlu ditertawakan,
kita boleh menangis dalam setiap duka hiba,
tapi tak semestinya duka itu diiringi setiap tangisan,
kita boleh ingat apa yang kita tahu,
tapi tak semestinya kita akan tahu apa yang kita ingat,
kita boleh nyanyikan pada setiap dendangan lagu,
tapi tak semestinya setiap lagu perlu adaya nyanyian,
kita boleh meminta apa sahaja tentang apa yang kita mahu,
tapi tak semestinya apa yang kita dapat adalah dari permintaan kita,

Ingatan

Meski pun aku hilang keupayaan untuk berbahasa
tapi aku tetap petah berkata2 tentangmu
biar duniaku diam tanpa sebaris lisan
tapi tergiang-ngiang hembusan nafasmu di cuping-cupingku
setiap lenggokan jiwa dan sayang mu ingin ku tatap
aku seru peluk menggunung hiba merajuk
barang sedetik tiada dalam ingatan
pergimu bialah sudah
tapi tanamkan lah keranda cinta di kubur hatiku