Friday, February 18, 2011

Kehendak atau Kemahuan

Bersua kembali pada helaian yang baru kali ini. Apa yang terdetik dalam hati aku untuk mencungkil tajuk ini apabila hal yang sedemikian berlaku pada sahabat aku sendiri. Antara kehendak dan kemahuan. Hal ini berlaku dalam setiap benak hati manusia. Kecewa, menangis, terluka, gembira, keliru dan tertekan semata-mata kerana kehendak dan kemahuan. Kadang-kadang manusia sendiri tak dapat membezakan kehendak dan kemahuan hidup. Baik dalam kehidupan, jodoh, dan pemakaian. Baiklah.. Mari aku bawa kalian sejenak ke pengertian sebenar antara kedua ilusi perkataan ini.
Kehendak adalah satu keperluan untuk mnyempurnakan suatu rantaian yang sedang dalam pembinaan. mungkin apa yg kita rasa cantik dari segi luarannya adalah suatu benda yg akan menyempurnakan rantaian itu. Jawapannya adalah tidak. apa yang di rasai sebentar tadi adalah suatu kemahuan. Kemahuan ini sering dikaitkan oleh nafsu.Jjika kita biarkan nafsu yang menentukan jawapan dalam pertanyaan hidup, mungkin kita bakal berdepan suatu keputusan yang sangat bercanggah dengan kesempurnaan hidup kita. Jika kita terlalu ikutkan kemahuan, maka banyaklah terjadi kekecewaan dan kekeliruan dalam hati. Lumrah manusia untuk memilih kepada sesuatu yang menyerlah dari segi kecantikan, kehidupan, percakapan dan layanan. Dan kita merasakan bahawa segalanya akan lengkap bila hadirnya segala sifat-sifat yang aku sebutkan sebentar tadi.
Kedu-dua perkataan ini sering dikaitkan dengan jodoh. Baik lelaki mahu pun perempuan. Cantik, kacak, baik, sopan, memahami, selesa bersama dan sangat mengenali antara satu sama lain. Kesemuanya itu adalah perasaan yg sering diluahkan sepasang kekasih dan unsur-unsur itu juga yang membuatkan mereka terikat bersama. Kita merasakan bahawa 'kau lah jodoh aku dan aku lah jodoh untuk kau'. Siapa kita untuk menetapkan jodoh kita. Sedangkan kita tahu bahawa ajal maut, jodoh pertemuan dan rezeki adalah milik Allah. Tapi, bila terjadinya perpisahan sepasang kekasih tersebut, mereka menyalahkan tuhan atas segala apa yang terjadi. Mereka merasakan sukar untuk menerima takdir bahawa mereka sudah tidak lagi berhubungan. Apa yang sering mereka ungkapkan adalah 'kami dah lama bersama, dah kenal hati budi masing-masing. susah untuk lupakan dia'. hmm... Sabar... Fikirlah sejenak.
Apa yang kau rasakan adalah nikmat bahagia yang sejenak. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk mu. memang betul bahawa kau merasakan dia adlah jodoh kau. Tapi adakah dia orang yang sama mnyintai dan menjaga segala kehidupan dan keaiban kau sehingga kau mati???? Kau tahu jawapan itu???
Tiada satu pun antara kita yang tahu jawapannya. Kita ini hanya manusia yang ada batasan dalam setiap keupayaan yang dipinjamkan. Jadi, turutkan sahaja apa takdirmu.. Berusahalah dalam kehidupan ini dan jika kegagalan yang bersua denganmu, redha lah. Bagi kalian, mungkin itu adalah kegagalan jalan penamat, tapi bagi Allah, itu lah yang terbaik bagi kalian supaya tidak tersesat jauh dari kasih sayang Nya. SABAR..SABAR DAN SABAR

2 comments:

  1. salam,
    pernyataan saudara berbunyi sedikit aliran Jabariah, saudara boleh menulis, namun, perlukan sedikit pengisin rohani supaya susun atur kata mampu mengartikulasi pembaca dengan luahan hati saudara, gunakan segala aspek pembahasaan..

    saya rasa saudara harus mengkhadamkan kitab Cinta dan Rindu dari perspektif Al-Quran karangan Ibnu Qayim Jauziyah, nah, kemudiannya saudara bakal menemui jalan kebenaran itu, bacalah saudara, bacalah, nescaya kamu akan berjaya dengan berpandukan'Pandangan Alam Islam' yang didasari dengan panduan Al-Quran dan Sunnah..:-), keep it up, you've done a great job for our Muslim brotherhood...

    ReplyDelete
  2. thanx pada samudera thinker.. ye.. mmg sy bnyak kekuranangan.. dlm proses bertatih.. kadang berlari pun kte tersungkur.. hope dpt sokongan sperti saudara.

    ReplyDelete

TETAMU ROH

Kita boleh mendengar apa yang kita cakap,
Tapi tak semestinya kita dapat bercakap tentang apa yang kita dengar,
Kita boleh melihat apa yang kita rasa,
Tapi tak semestinya kita dapat rasakan tentang apa yang kita lihat,
Kita boleh makan apa yang berada dalam tanaman kita,
Tapi tak semestinya setiap yang ada dalam tanaman kita adalah makanan kita,
kita boeh minum dalam setiap sungai yang mengalir jernih,
tapi tak semestinya air yang jernih perlu kau dahagakan,
kita boleh tertawa dalam setiap kisah suka ,
tapi tak semestinya setiap suka kita perlu ditertawakan,
kita boleh menangis dalam setiap duka hiba,
tapi tak semestinya duka itu diiringi setiap tangisan,
kita boleh ingat apa yang kita tahu,
tapi tak semestinya kita akan tahu apa yang kita ingat,
kita boleh nyanyikan pada setiap dendangan lagu,
tapi tak semestinya setiap lagu perlu adaya nyanyian,
kita boleh meminta apa sahaja tentang apa yang kita mahu,
tapi tak semestinya apa yang kita dapat adalah dari permintaan kita,

Ingatan

Meski pun aku hilang keupayaan untuk berbahasa
tapi aku tetap petah berkata2 tentangmu
biar duniaku diam tanpa sebaris lisan
tapi tergiang-ngiang hembusan nafasmu di cuping-cupingku
setiap lenggokan jiwa dan sayang mu ingin ku tatap
aku seru peluk menggunung hiba merajuk
barang sedetik tiada dalam ingatan
pergimu bialah sudah
tapi tanamkan lah keranda cinta di kubur hatiku