Friday, February 25, 2011

Risalah Gila Pemuda Gila

Ep 1- Budak Pengakap
“Abang Ngah, bangun.. kate arini ada pengakap!!” wah... Mengantuk betul la rasanya. Jeritan ummi tadi membuatkan aku tersedar dari tidurku semalam. Dengan separuh sedar, aku berjalan untuk mengambil tuala. Argh... nafasku seharum kasturi.. hahahah. . mungkin la agaknya. Lalu dengan langkah yang longlai, aku masuk ke bilik mandi. Apa lagi.. bersiram lah. Macam biasa lah. Bermula dengan menggosok gigi, dan diakhiri dengan mencuci muka.  Sebelum itu, aku ingin perkenalkan namaku, aku Syahid, Mohd Syahid bin Harun. Berumur 14 tahun pada tahun ini. Tahun 2OO2. Seorang yang agak tak betul dan peramah. Tapi kadang-kadang ‘pemarah’. Hahahaha. .


bersekolah di ‘SABS’ atau Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang. Ramai kawanku menagejek nama sekolahku. Mereka menayatakan ‘SABS’ tu singkatan untuk Sekolah Anak-Beranak Setan. Hahaha. Kenyataan yang berteraskan cemburu. Sekolah ini adalah antara sekolah yang terbaik di dalam daerah dan negeri Pahang. Aku ni jenis yang suka bersukan lah. Yelah.. Mana tak nya. Ummi dan babah aku pun jenis yang suka bersukan gak. Okey.. berbalik kepada cerita aku tadi. Aku adalah permain bolasepak bagi pasukan sekolah. Aku juga, seorang ahli pengakap sekolah. Tahun ini adalah tahun kedua aku menyertai pengakap. Kiranya aku dah jadi ‘Senior’ lah kot. Hahaha. Pada hari ini, perjumpaan pengakap yang pertama pada tahun ini akan diadakan. Sebagai seorang ‘senior’ yang gila-gila, hari ini adalah hari yang penting untuk aku tunjuk muka. Yelah.. datang untuk ragging budak-budak baru. Hahaha. Aku menumpang abah. Abah adalah ayah saudaraku yang tinggal di kawasan perumahan yang sama denganku. Oleh kerana pejabat abah berhampiran dengan sekolahku, aku pun menumpang dia pada hari ini. Pada kebiasaannya, aku ke sekolah menaiki bas sekolah. ‘Bas Wan’. Pada pukul 7:45 pg, aku dah tercongok di depan rumah abah. Excited lah katakan. Haha. Beberapa minit selepas itu, abah keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta untuk panaskan enjin. Selepas abah siap memakai kasut, kami pun bertolak. Lebih kurang pukul 8 pg, kami pun tiba di sekolahku. Abah seorang yang sangat pemurah, abah selalu menghulurkan kepada wang saku setiap kali aku ke sekolah atau ke mana-mana destinasi yang jauh dari rumah. Buat pengetahuan semua, aku ini seorang yang susah untuk terima duit dari orang walaupun dengan ummi dan babah aku sendiri melainkan aku sangat memerlukannya seperti ingin membeli buku, barang-barang pengakap atau tambang untuk ‘training bola’. Dengan perasaan yang sangat segan dan malu, aku terima duit RM2 dari abah. Alhamdulillah. Lalu aku melangkah ke dalam sekolah dengan penuh rasa yakin dan sedikit lagak. Haha. Apabila bergelar ‘senior’, itulah perasaan yang perlu ada. Haha. Perjumpaan pengakap pada hari ini akan diadakan di laman parkir utama di depan sekolah. Selang beberapa minit, Kudin memberikan arahan “jadikan satu barisan panjang di hadapan saya!!”. Seluruh ahli pengakap bergegas ke hadapan Kudin. Kudin adalah seorang ‘Senior’ dalam pengakap. Pada tahun ini Kudin akan mengambil Spm. Sama seperti Lan, Khai, Muhiddin, Amir, Reha, wani dan ramai lagi. Setelah selesai mengadakan istiadat rasmi seperti menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dan Lagu sekolah, membaca ikrar pengakap dan pemeriksaan uniform, kami diberikan rehat selama 5 minit. Aku mengambil peluang ini untuk beramah mesra dengan kawan-kawan lamaku. Aku selalu mengusik dan membuatkan kawan-kawanku gelak besar dengan lawak-lawak spontanku. Haha. Tapi apa yang pelik dalam diriku, aku memang berani untuk bergurau dan mengusik kawan-kawan, tapi aku ini seorang yang sangat ‘takut’ dengan perempuan. Pelikkan? Memang itulah diri Syahid. Seorang yang gila-gila tetapi takut dengan perempuan. Haha. Setelah puas bergurau senda, kami di panggil ke dalam kelas untuk sesi pengenalan ahli dan jawatan tertinggi dalam pengakap sekolah. Walaupun aku ‘senior’ tetapi, aku tidak menjawat apa-apa jawatan pun. Selepas sesi pengenalan, kami diberikan taklimat berkaitan pemakaian dan segala teori ringkas berkenaan pengakap. Ketika itulah aku terpandang pada seorang gadis yang berkaca mata. Terdetik dalam hatiku untuk bertanyakan siapakah gerangan gadis itu. Siapakah dia? Kenapa hatiku yang batu terhadap perempuan ini boleh cair dengan hanya melihat wajahnya?? Siapakah si puteh itu???? Dalam diam-diam Komeng memerhatikan tingkah-lakuku. ‘Kantoi di situ’. .

5 comments:

  1. Siapa syahid? Menarik.

    ReplyDelete
  2. watak yang dicipte...bkn siapa-siapa.
    crite ni akn dikeluarkan weekly.. NsyaAllah

    ReplyDelete
  3. Macam adaptasi kisah benar je. Btw, nice :)

    ReplyDelete
  4. ad la sket2... mlalui pengalam org laen pun ad gak...
    tp hoprfully cubaan ptame ni bg pengajaran

    ReplyDelete
  5. ~lala~serang hendapApril 30, 2011 at 8:07 PM

    haha...encik pengakap ye...

    ReplyDelete

TETAMU ROH

Kita boleh mendengar apa yang kita cakap,
Tapi tak semestinya kita dapat bercakap tentang apa yang kita dengar,
Kita boleh melihat apa yang kita rasa,
Tapi tak semestinya kita dapat rasakan tentang apa yang kita lihat,
Kita boleh makan apa yang berada dalam tanaman kita,
Tapi tak semestinya setiap yang ada dalam tanaman kita adalah makanan kita,
kita boeh minum dalam setiap sungai yang mengalir jernih,
tapi tak semestinya air yang jernih perlu kau dahagakan,
kita boleh tertawa dalam setiap kisah suka ,
tapi tak semestinya setiap suka kita perlu ditertawakan,
kita boleh menangis dalam setiap duka hiba,
tapi tak semestinya duka itu diiringi setiap tangisan,
kita boleh ingat apa yang kita tahu,
tapi tak semestinya kita akan tahu apa yang kita ingat,
kita boleh nyanyikan pada setiap dendangan lagu,
tapi tak semestinya setiap lagu perlu adaya nyanyian,
kita boleh meminta apa sahaja tentang apa yang kita mahu,
tapi tak semestinya apa yang kita dapat adalah dari permintaan kita,

Ingatan

Meski pun aku hilang keupayaan untuk berbahasa
tapi aku tetap petah berkata2 tentangmu
biar duniaku diam tanpa sebaris lisan
tapi tergiang-ngiang hembusan nafasmu di cuping-cupingku
setiap lenggokan jiwa dan sayang mu ingin ku tatap
aku seru peluk menggunung hiba merajuk
barang sedetik tiada dalam ingatan
pergimu bialah sudah
tapi tanamkan lah keranda cinta di kubur hatiku