Friday, March 25, 2011

Risalah Gila Pemuda Gila

Ep 2-'Padang Tengkorak'
‘Kantoi di situ’. Hahaha. Tegur sinis Komeng padaku. Lantas aku menukar topik perbualanku pada alatan-alatan pengakap yang inginku beli. Tapi pandangan mataku masih pada gadis yang aku terpanggu tadi. Aku akan namakan gadis itu sebagai ‘si putih’. Selepas tamat kelas teori tersebut, kami berkumpul sekali lagi untuk upacara penutupan perjumpaan pada kali ini. Tepat pukul 1 tengahari kami tamatkan sesi perjumpaan pada kali ini dengan bersalam-salaman. Seperti biasa, babah sudah menunggu di luar sekolah untuk membawaku pulang. Biasalah, hari sabtu adalah hari cuti. Hari ahad pun sama. Kalau nak bekerja, hari isnin bolehlah.
Haha. Aku dan babah seperti kawan rapat. Aku sangat senang bergaul dengan babah kerana babah cukup memahami cara pergaulan denagan anak-anaknya. Kami selalu bergurau seperti aku bergurau dengan kawan-kawanku. Sampai di rumah, ummi sudah sediakan makanan tenagahari untuk kami sekeluarga. Setelah mandi dan bersolat, aku terbaring berehat di atas katil. Sambil berbaring, aku tersenyum sendirian apabila teringatkan wajah ‘si putih’. Sampai lah duniaku terpadam oleh lenaku.
                Seperti remaja-remaja lain, aku menghabiskan masa senggangku dengan bermain bola bersama budak sekampungku. Boleh di katakan hampir setiap petang kami akan luangkan masa untuk bermain bersama di padang keramat kami ‘Padang Tengkorak’. Hahahaha. Semestinya kalian akan tertawa dengan nama tersebut. Nama padang ini terhasil dari keadaan permukaannya yg tidak berumput. Hahahaha. Ya. Gondol lah katakan. Bukan itu saja yang membuatkan kampung kami ini menarik, bayangkan, sebuah padang bola yang bersaiz 8Ox5O kaki ini boleh memuatkan seramai hampir 4O orang pemain bola. Kadang-kadang jumlahnya adalah lebih. Hahahah. Bayangkan lah. Tapi kami tetap gembira untuk luangkan petang kami di ‘Padang Tengkorak’. Sudah ramai pemain bola negeri yang telah dilahirkan dari padang ini. Sebab itu kami cukup berbangga dengan padang keramat ini. Kadang-kala, hari minggu kami jadikan hari perlawanan untuk liga kampung ini. Macam-macam gelagat yang dapat disaksikan. Ada yang memakai kasut sekolah dan berstokin ‘pejabat’, ada yang berkasut boot tapi tak berstokin’ dan ada pula yang tak berkasut. Biasalah... Liga kampung lah katakan. Cukup dengan cerita ‘padang tengkorak’.
                Malam-malamku adalah seperti malam-malam setiap orang yang bergelar pelajar. Kononnya duduk di bilik dan mentelaah. Tapi.... Selalunya, aku akan memainkan lagu-lagu reggae atau lagu-lagu cromok. Sebab lagu-lagu tu ‘layan’. Begitulah caraku mengulangkaji selepas selesai solat maghrib dan membaca Al-Quran. Bagiku, walaupun aku ni nakal, tapi agama adalah suatu yang penting. Sekitar jam 9 mlm, kami sekeluarga akan makan bersama. Seperti kehidupan masyarakat Melayu lain, kami sekeluarga akan menghamparkan surat khabar sebagai alas di atas lantai dan sedulang lauk sebagai rezeki santapan pada hari ini. Alhamdulillah. Waktu mkn kami dipenuhi dengan senyum. Kadang-kala, kami selangkan ia dengan cerita-cerita suka masing-masing. Kami sering berkongsi-kongsi cerita kerana pada waktu makan ini lah kami sekeluarga dapat bertentang mata. Ia juga dapat mangeratkan hubungan kami. Selapas makan, kami akan maluangkan masa bersama di depan tv menonton cerita-cerita yang menarik. Tepat jam 1O.3Omlm, kami akan di arahkan masuk ke bilik untuk tidur tetapi berlainan pada hari minggu, kami diberikan excuse untuk berjaga lebih waktu untuk menonton cerita-cerita di tv. Setelah penat menonton tv, aku melangkah ke bilik untuk tidur. Setelah siap berkemas dan bersihkan diri, lalu aku baring di atas tilam. Sebelum tidur, aku akan baca setiap ayat dan doa supaya lenaku tidak di ganggu iblis. Malam itu, lenaku memberikan ku suatu mimpi yang sangat indah. Aku dipimpin oleh seorang gadis ke suatu tasik yang sangat indah. Tidak sempat aku melihat gadis misteri ini. Walaupun kami duduk di tepi tasik mimpi itu, aku masih lagi tidak dapat menjenguk bentuk wajahnya. Lalu aku teringat ‘Si putih’. Lantas, aku memanggil gadis itu dengan nama ‘Si Putih’. Beberapa kali aku menyebut nama itu. Tapi gadis itu masih lagi tidak mahu memeandangku. Lalu, aku memenggilnya dengan nada yang sedikit kuat. “Putih!!!!!”. Dengan gerak yang sederhana, dia menoleh kepada ku...

1 comment:

  1. ~lala~serang hendapApril 30, 2011 at 9:00 PM

    makan nasik dlm dulang duduk atas lantai...teringat mase kecik2 dulu...

    ReplyDelete

TETAMU ROH

Kita boleh mendengar apa yang kita cakap,
Tapi tak semestinya kita dapat bercakap tentang apa yang kita dengar,
Kita boleh melihat apa yang kita rasa,
Tapi tak semestinya kita dapat rasakan tentang apa yang kita lihat,
Kita boleh makan apa yang berada dalam tanaman kita,
Tapi tak semestinya setiap yang ada dalam tanaman kita adalah makanan kita,
kita boeh minum dalam setiap sungai yang mengalir jernih,
tapi tak semestinya air yang jernih perlu kau dahagakan,
kita boleh tertawa dalam setiap kisah suka ,
tapi tak semestinya setiap suka kita perlu ditertawakan,
kita boleh menangis dalam setiap duka hiba,
tapi tak semestinya duka itu diiringi setiap tangisan,
kita boleh ingat apa yang kita tahu,
tapi tak semestinya kita akan tahu apa yang kita ingat,
kita boleh nyanyikan pada setiap dendangan lagu,
tapi tak semestinya setiap lagu perlu adaya nyanyian,
kita boleh meminta apa sahaja tentang apa yang kita mahu,
tapi tak semestinya apa yang kita dapat adalah dari permintaan kita,

Ingatan

Meski pun aku hilang keupayaan untuk berbahasa
tapi aku tetap petah berkata2 tentangmu
biar duniaku diam tanpa sebaris lisan
tapi tergiang-ngiang hembusan nafasmu di cuping-cupingku
setiap lenggokan jiwa dan sayang mu ingin ku tatap
aku seru peluk menggunung hiba merajuk
barang sedetik tiada dalam ingatan
pergimu bialah sudah
tapi tanamkan lah keranda cinta di kubur hatiku