Thursday, October 11, 2012

Mereka bukan untuk kamu

Pijak hanya pada tapak sendiri
Berduri, berdarah, berlari, rebah
Tin-tin kosong memekik ketika  menari
Saksi-saksi di tepi haluan
Halangan atau pertolongan??
Jika kau diam, makin enak 'mereka' menari

Jangan dihalakan buku lima yang padu
Hidangkan kata-kata tajam yang bermadu
Biarkan telinga dan hati berdarah
Tapi bukan zahir yang parah
Bukakan buku 'hikmah' dalam pelajaran mereka

Mulut-mulut kosong terusan menuding
Membezakan kekurangan orang dengan kelebihan diri
Bermegah pada kejayaan peribadi
Dadanya melonjak hingga ke langit
Sehingga mentari malu dan kasihan pada dirimu tuan
Seperti lengkap dan sempurna seakan tuhan

Bezakan helaian pada hari ini dengan yang mendatang
Adakah dapat kau janjikan ianya serupa?? sama???
Janjikan setiap hari yang akan berlalu penuh dengan kejayaan
Melonjak gembira, hilai tawa, dan menari riang sehingga penghujung hari

Manusia itu penuh dengan kebaikan
Manusia juga diselangi dengan kekhilafan
Biarkan kedua-duanya tidur
Sesungguhnya yang 'sempurna' tahu setiap zarah yang kau kerjakan
Jika ia dikejutkan, pohonlah agar yang terjaga itu ibadah dan bukan aib dan fitnah
Hanya yang mencipta kematian dan kehidupan yang berhak menilai setiap amalan

No comments:

Post a Comment

TETAMU ROH

Kita boleh mendengar apa yang kita cakap,
Tapi tak semestinya kita dapat bercakap tentang apa yang kita dengar,
Kita boleh melihat apa yang kita rasa,
Tapi tak semestinya kita dapat rasakan tentang apa yang kita lihat,
Kita boleh makan apa yang berada dalam tanaman kita,
Tapi tak semestinya setiap yang ada dalam tanaman kita adalah makanan kita,
kita boeh minum dalam setiap sungai yang mengalir jernih,
tapi tak semestinya air yang jernih perlu kau dahagakan,
kita boleh tertawa dalam setiap kisah suka ,
tapi tak semestinya setiap suka kita perlu ditertawakan,
kita boleh menangis dalam setiap duka hiba,
tapi tak semestinya duka itu diiringi setiap tangisan,
kita boleh ingat apa yang kita tahu,
tapi tak semestinya kita akan tahu apa yang kita ingat,
kita boleh nyanyikan pada setiap dendangan lagu,
tapi tak semestinya setiap lagu perlu adaya nyanyian,
kita boleh meminta apa sahaja tentang apa yang kita mahu,
tapi tak semestinya apa yang kita dapat adalah dari permintaan kita,

Ingatan

Meski pun aku hilang keupayaan untuk berbahasa
tapi aku tetap petah berkata2 tentangmu
biar duniaku diam tanpa sebaris lisan
tapi tergiang-ngiang hembusan nafasmu di cuping-cupingku
setiap lenggokan jiwa dan sayang mu ingin ku tatap
aku seru peluk menggunung hiba merajuk
barang sedetik tiada dalam ingatan
pergimu bialah sudah
tapi tanamkan lah keranda cinta di kubur hatiku