Saturday, April 30, 2011

Risalah Gila Pemuda Gila

EP. 3.'Putih' dan mimpi??
Lalu, aku memanggilnya dengan nada yang sedikit kuat. “Putih!!!!!”. Dengan gerak yang sederhana, dia menoleh kepada ku. Tapi aku terlihat seseorang yang sangat ‘familiar’ dalam mimpi dan angan ku. . . ?????????? Berjalan perlahan di seberang tasik itu. Pandangan ku seolah-olah dipukau. Rupanya ia seorang gadis. Eh!! Putih.. Gadis di seberang adalah Putih? Mengapa muncul Putih sedangkan ada gadis yang ada bersama ku ketika ini. Lalu aku pun bertanya, siapa pula gadis manja yang sanggup muncul dalam mimpi pagi ku??? Lalu aku ingin melihat wajahnya. .

‘Abang Ngah!! Bangun subuh!! Mataku terbuka pantas. Aku tersedar dalam keadaan tertanya-tanya. Dalam keadaan yang terpinga-pinga, aku bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh dan bersiap ke sekolah. Hati dan fikiran ku masih tertanya-tanya mimpi aku sebentar tadi. Sambil menggosok gigi pun aku masih boleh termenung berfikir. Pada pagi itu, aku mengambil masa yang lama untuk bersiap ke sekolah berbanding hari-hari biasa. Sehinggakan bas sekolah yang aku naiki itu membunyikan ‘hon’ beberapa kali. Aku pun apa lagi, berlarilah mengejar bas sekolah tu. Samapai di pintu bas itu, abang Lan driver memerli aku, ‘Bakpe awok ni?? Banyok ngat mimpi mlm tadi ni. Hahahah.’ Aku terasa malu bila dia memerli aku seprti itu.
Sampai saja di sekolah, seperti biasa, aku akan menjalankan aktiviti harianku iaitu memeriksa dan meminjam buku-buku latihan pelajar perempuan untuk aku siapkan kerja rumah yang diberikan semalam. Mata pelajaran yang selalu menghidangkan kami dengan kerja rumah adalah Matematik. Tp bagi aku, itu tak mengapa kerana aku ni rajin sangat. Hahaha. Bukan tak nak siapkan kerja rumah tu, tapi... aku banyak habiskan masa ku untuk aktivit yang lain. Yelah. Dari pagi hingga tengahari, aku di sekolah. Petang pula, aku akan turun menjalani latihan bola sepak. Maklum lah, aku nikan pelajar yang aktif dari segi perlakuan dan perangai. Hahaha. Bila malam pula, aku berehat kerana kepenatan sepanjang hari. Selepas aku menjalankan proses pengimbasan itu, aku pun akan berkumpul bersama-sama kawan yang lain untuk beratur di luar kelas untuk menyanyikan lagu ‘Negaraku’. Selepas itu, barulah pembelajaran bermula seperti biasa.
Aku menjadi tidak fokus pada segala pekerjaan ku. Yelah. Seperti orang bercinta. Makan tak berhenti, mandi tak kire mase, tidur tak sedar pape. Hahaha. Pelikkan kisah aku ni. Ada jugak beberapa orang yang menegur terhadap perlakuan ku itu terutama jurulatihku. Mungkin kalian ingin tahu apa yang aku fikirkan. Baiklah. Aku terfikir tentang mimpi ku itu. Mimpi yang tergantung bg segala jawapan. Siapa gadis yang mendampingi ku itu? Kenapa putih muncul dalam mimpiku? Mengapa dia berjalan di sebarang sana? Kenapa aku tidak beringinan untuk lihat wajah gadis itu? 1OO1 soalan yang bermain di fikiran ku ini. Dalam masa itu juga, aku tidak langsung bertemu dengan Putih.
Selang beberapa bulan iaitu dalam bulan 9, aku terpilih untuk menjalani latihan dan pemilihan untuk mewakili Negara ke Kejohanan Bolasepak Asean di Thailand. Ia bermula selepas beberapa orang senior menyuruh aku untuk mencuba nasib di pemilihan untuk mewakili negar itu. Lalu, pada hari minggu yang lepas, aku pun mencuba. Ramai bakat-bakat yang dapat aku saksikan di pemilihan itu. Aku merasakan diriku sangat kerdil dan tidak mempunyai apa-apa kelebihan pun. Mungkin berbekalkan dorongan dan doa ummi dan babah, aku terasa seperti aku berkeyakinan untuk melalui pemilihan itu. Hasilnya, aku terpilih untuk menjalani latihan dam proses pemilihan di Sekolah Sukan Bandar Penawar. Terdapat dua lagi pemain yang terpilih iaitu dari daerah yang lain. Kami di bawa oleh pihak pengurusan dan diuruskan segalanya sehingga kami mendapat kediaman di sana. Kami diberikan sebilik dengan pemain-pemain dari terengganu. Pada mulanya, kami berkenalan dan bersuai kenal. Macam-macam loghat yang dapat aku dengari. Loghat pahang bercampur dengan loghat tengganu yang pekat parok. Haha.
Setibanya malam, semua pemain diberikan pelepasan untuk tidur lebih awal kerana latihan akan dimulakan pada esok pagi. Ketika aku dalam keadaan khayal untuk tidur, aku teringat babah. Orang yang sangat bermakna dalam memberikan aku kejayaan sehingga ini. Aku menangis...

No comments:

Post a Comment

TETAMU ROH

Kita boleh mendengar apa yang kita cakap,
Tapi tak semestinya kita dapat bercakap tentang apa yang kita dengar,
Kita boleh melihat apa yang kita rasa,
Tapi tak semestinya kita dapat rasakan tentang apa yang kita lihat,
Kita boleh makan apa yang berada dalam tanaman kita,
Tapi tak semestinya setiap yang ada dalam tanaman kita adalah makanan kita,
kita boeh minum dalam setiap sungai yang mengalir jernih,
tapi tak semestinya air yang jernih perlu kau dahagakan,
kita boleh tertawa dalam setiap kisah suka ,
tapi tak semestinya setiap suka kita perlu ditertawakan,
kita boleh menangis dalam setiap duka hiba,
tapi tak semestinya duka itu diiringi setiap tangisan,
kita boleh ingat apa yang kita tahu,
tapi tak semestinya kita akan tahu apa yang kita ingat,
kita boleh nyanyikan pada setiap dendangan lagu,
tapi tak semestinya setiap lagu perlu adaya nyanyian,
kita boleh meminta apa sahaja tentang apa yang kita mahu,
tapi tak semestinya apa yang kita dapat adalah dari permintaan kita,

Ingatan

Meski pun aku hilang keupayaan untuk berbahasa
tapi aku tetap petah berkata2 tentangmu
biar duniaku diam tanpa sebaris lisan
tapi tergiang-ngiang hembusan nafasmu di cuping-cupingku
setiap lenggokan jiwa dan sayang mu ingin ku tatap
aku seru peluk menggunung hiba merajuk
barang sedetik tiada dalam ingatan
pergimu bialah sudah
tapi tanamkan lah keranda cinta di kubur hatiku