Friday, July 22, 2011

Periodic

Sampai lah kamu ke destinasi yg lengkap dan sempurna,
Berjuta langkah dan derita yg telah kamu mandi sehingga kamu lali
Luka, berdarah, lumpuh dan patah hanyalah angin pasir yg kau bawa sebelum bermandikan taubat
Apa yg pahit itu penyembuh dosa sama pada nisbahnya
Apa yg manis itu adalah ujian nyenyak lena kamu pada dunia,
Mereka berdua bersahabat baik dgn mu
Sentiasa menyedarkan dan menenangkan kamu pada hati yang berjaga-jaga
Sehingga yang berlaku di atas ini adalah berulang-ulang
'Periodic'



Ketika kau rasa dunia ini tiada ancaman pada jiwa dan harta,
Allah berikan sedikit getar dan ribut
Sehingga kau sedar ada tugas kau pada bentangan dunia
Empuk mana baldu yang kau peluk
Dingin mana bayu yg bertiup
Banyak mana angka yg kau hirup
Luas mana lembaran yg kau takluk
Allah tetap ada pengajaran buat mu
Si kaya yg enggan memberikan bahagiannya
Si miskin yg mengejar dunia sehingga tiada masa untuk Nya
Ibu ayah yg terlalu takut pada kehendak dunia anak-anak
Anak-anak yg rasa diri dipenjara cengkaman ibu ayah
Kekasih insan yg mengiyakan semua permintaan
Wanita yg berlumba-lumba mengejar harta pada jejaka
Jejaka yg tunjuk pada telunjuk halus si hawa
Pemimpin yg tiada korban pada pemerintahan
Muslim yg terus-terusan berpakaian Islam yg jarang
Semua ini sering berulang-ulang
'Periodic'

Sering tertewas pada musuh yg sama
Musuh yg sudah terdedah setiap kelemahan dan kekuatan
Masih dapat ditewaskan bila bersua
Tapi semua sejarah hanyalah cerita yg manis untuk dibicara
Sering berlaku pada diri kamu semua
'PERIODIC'!!!!!!!!!

Cuba kau pakaikan cermin mata iman
sarungkan pakaian hidup Islam
Semburkan wangian akhlak
Susunkan langkah kembaramu dengan Zikir

No comments:

Post a Comment

TETAMU ROH

Kita boleh mendengar apa yang kita cakap,
Tapi tak semestinya kita dapat bercakap tentang apa yang kita dengar,
Kita boleh melihat apa yang kita rasa,
Tapi tak semestinya kita dapat rasakan tentang apa yang kita lihat,
Kita boleh makan apa yang berada dalam tanaman kita,
Tapi tak semestinya setiap yang ada dalam tanaman kita adalah makanan kita,
kita boeh minum dalam setiap sungai yang mengalir jernih,
tapi tak semestinya air yang jernih perlu kau dahagakan,
kita boleh tertawa dalam setiap kisah suka ,
tapi tak semestinya setiap suka kita perlu ditertawakan,
kita boleh menangis dalam setiap duka hiba,
tapi tak semestinya duka itu diiringi setiap tangisan,
kita boleh ingat apa yang kita tahu,
tapi tak semestinya kita akan tahu apa yang kita ingat,
kita boleh nyanyikan pada setiap dendangan lagu,
tapi tak semestinya setiap lagu perlu adaya nyanyian,
kita boleh meminta apa sahaja tentang apa yang kita mahu,
tapi tak semestinya apa yang kita dapat adalah dari permintaan kita,

Ingatan

Meski pun aku hilang keupayaan untuk berbahasa
tapi aku tetap petah berkata2 tentangmu
biar duniaku diam tanpa sebaris lisan
tapi tergiang-ngiang hembusan nafasmu di cuping-cupingku
setiap lenggokan jiwa dan sayang mu ingin ku tatap
aku seru peluk menggunung hiba merajuk
barang sedetik tiada dalam ingatan
pergimu bialah sudah
tapi tanamkan lah keranda cinta di kubur hatiku