Tuesday, April 12, 2011

WANITA

Wanita, 
Aku kenal kerana pandangannya,
Pandangan hawa yang berbual bercerita,
Pandangan yang sangat bermantera,
Di sampingmu aku kebal dihiris,
Ibarat jampi serapah terlilit dan terkunci di pinggang ku,
Sebati mantera dalam darah arjuna,
Ku langgar,
Ku tikam segala penghalang, sedangkan algojo aku penggalkan,
Kerana dadah si hawa yang sangat khayal,
Hilang cinta darimu,
Hilang sayang bagiku,
Terus bergelap mata warasku,
Menjadikan aku penanggal yang sangat berhantu,
Berkepala tapi tiada isi hati,


Wanita,
Mungkin kau di pandang rendah,
Kerana segala manja dan longlaimu,
Kerana percakapan selembut bayu,
Kerana gerakmu melentok menari,
Buktikan ia SALAH..

Jadikan hatimu sewara’ rabiatul Adawiyyah,
Menghunus pedang syahid seperti Aisyah,
Penamat hidup bagaikan Sumayyah,
Jadiakan ia mulia dan terbuku di dada sejarah lisan dan nisan,
Abadikan jasad mu di pandukan roh,
Dan jangan pula jasad mu penentu haluan rohmu
Jadikan ibadah sebagai peneman hari akhirmu,
Kerana hidup dan mati mu hanya pada cintaNYA.

1 comment:

  1. Thumbs up!
    Wanita yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia..

    ReplyDelete

TETAMU ROH

Kita boleh mendengar apa yang kita cakap,
Tapi tak semestinya kita dapat bercakap tentang apa yang kita dengar,
Kita boleh melihat apa yang kita rasa,
Tapi tak semestinya kita dapat rasakan tentang apa yang kita lihat,
Kita boleh makan apa yang berada dalam tanaman kita,
Tapi tak semestinya setiap yang ada dalam tanaman kita adalah makanan kita,
kita boeh minum dalam setiap sungai yang mengalir jernih,
tapi tak semestinya air yang jernih perlu kau dahagakan,
kita boleh tertawa dalam setiap kisah suka ,
tapi tak semestinya setiap suka kita perlu ditertawakan,
kita boleh menangis dalam setiap duka hiba,
tapi tak semestinya duka itu diiringi setiap tangisan,
kita boleh ingat apa yang kita tahu,
tapi tak semestinya kita akan tahu apa yang kita ingat,
kita boleh nyanyikan pada setiap dendangan lagu,
tapi tak semestinya setiap lagu perlu adaya nyanyian,
kita boleh meminta apa sahaja tentang apa yang kita mahu,
tapi tak semestinya apa yang kita dapat adalah dari permintaan kita,

Ingatan

Meski pun aku hilang keupayaan untuk berbahasa
tapi aku tetap petah berkata2 tentangmu
biar duniaku diam tanpa sebaris lisan
tapi tergiang-ngiang hembusan nafasmu di cuping-cupingku
setiap lenggokan jiwa dan sayang mu ingin ku tatap
aku seru peluk menggunung hiba merajuk
barang sedetik tiada dalam ingatan
pergimu bialah sudah
tapi tanamkan lah keranda cinta di kubur hatiku