Tuesday, August 9, 2011

Risalah Gila Pemuda Gila


Ep. 4 – Babah basah
Aku menangis teringatkan pengorbanan Babah. Sejak dari mulanya aku bermain bola ketiak di peringkat sekolah rendah, Babah berkorban dari segi masa, wang dan kesabaran. Kami adik beradik memang aktif bermain bola sepak. Anak Babah la katakan.

Teringat ketiak aku ingin membeli kasut bola pertamaku, aku seperti orang gila apabila melihat pelbagai jenis kasut bola beraneka warna. Tapi apa yang ku pasti, semua itu sangat mahal harganya. Keluargaku bukanlah keluarga yang berada atau kaya dan taklah susah sangat. Bak kata orang “Cukup-cukup makan aje”. Tapi untuk memiliki kasut-kasut ini, aku sedar bahawa Babah tak mampu. Aku berbelah bahagi untuk memilih kasut yang mana akan menjadi milikku. Lalu Babah berkata “Pilihlah yang mana je, BOS bayar” sambil tersenyum kepada ku. Setalah beberapa minit, aku memilih kasut ‘DIADORA BOMBER’. Ketika ingin membayar, aku terdengar Babah berkata “BOS, kasi potong gaji kawan ye, duit tak cukup nak bayar langsam”. Baru aku sedar yang Babah membayar kasut ini dengan pemotongan gajinya pada bulan ini. Serba salahku dibuatnya... hmmm...
Bukan itu sahaja pengorbananBabah padaku. Ketika di sekolah menengah, aku menjadi semakin aktif bermain bola sepak. Babah terpaksa berulang alik dari tempat kerjanya untuk menghantarku ke sekolah untuk ke sekolah untuk menjalani latihan pada tiap-tiap petang. Tapi apa yang sangat menyayatklan hatiku, aku teringat satu peristiwa ketika pulang dari latihan petang.
Selesai sahaja latihan, kelihatan bandar Kuantan diselubungiawan mendung. Dengan pantas aku menukarkan pakaian  ‘training’ kepada pakaina yang bersih. Selepas siap mengemas, aku ke perhentian bas di depan sekolah untuk menunggu Babah. Ketika itu angin mula bertiup kencang dan rintik-rintik hujan mula terasa. Selang beberapa minit, Babah tiba dan dengan selamber nye berkata “Guane boh, nak hujan ni. Parok kite” sambil tertawa sinis. Kami pun mula bergerak pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang itu, hujan tiba-tiba turun dengan lebat dan ia membuatkan kami dicurahi sehingga Babah basah kuyup. Apa yang menyayatkan hatiku, sedang aku memeluk erat tubuh Babah, aku merasakan tubuhnya menggeletar kesejukan.  Dapat ku rasakan yang Babah kini menahan kesejukan. Semakin lama, semakin kuat getaran tubuh Babah. Dalam pada itu, aku menitiskan air mata kerana terharu mengenangkan Babah yang sanggup melakukan apa saj untuk anaknya dan dia juga bersifat melindungi. Setibanya di rumah, dengan pantas babah menggapai tuala kering di ampaian untuk melindungi tubuhku yang kesejukan. Sungguh istimewa layanan Babah padaku. Tidak menghiraukan dirinya tetapi sangat risau akan diri orang lain.
Keesokan harinya, Babah diserang demam akibat dari bermandikan hujan pada kejadian semalam. Tetapi, babah sedikitpun tidak mengalah dan berhenti berehat. Babah masih berulang alik untuk menghantar dan menjemputku dari sesi latihan.
Dalam genangan air mataku itu, aku terlena.............

No comments:

Post a Comment

TETAMU ROH

Kita boleh mendengar apa yang kita cakap,
Tapi tak semestinya kita dapat bercakap tentang apa yang kita dengar,
Kita boleh melihat apa yang kita rasa,
Tapi tak semestinya kita dapat rasakan tentang apa yang kita lihat,
Kita boleh makan apa yang berada dalam tanaman kita,
Tapi tak semestinya setiap yang ada dalam tanaman kita adalah makanan kita,
kita boeh minum dalam setiap sungai yang mengalir jernih,
tapi tak semestinya air yang jernih perlu kau dahagakan,
kita boleh tertawa dalam setiap kisah suka ,
tapi tak semestinya setiap suka kita perlu ditertawakan,
kita boleh menangis dalam setiap duka hiba,
tapi tak semestinya duka itu diiringi setiap tangisan,
kita boleh ingat apa yang kita tahu,
tapi tak semestinya kita akan tahu apa yang kita ingat,
kita boleh nyanyikan pada setiap dendangan lagu,
tapi tak semestinya setiap lagu perlu adaya nyanyian,
kita boleh meminta apa sahaja tentang apa yang kita mahu,
tapi tak semestinya apa yang kita dapat adalah dari permintaan kita,

Ingatan

Meski pun aku hilang keupayaan untuk berbahasa
tapi aku tetap petah berkata2 tentangmu
biar duniaku diam tanpa sebaris lisan
tapi tergiang-ngiang hembusan nafasmu di cuping-cupingku
setiap lenggokan jiwa dan sayang mu ingin ku tatap
aku seru peluk menggunung hiba merajuk
barang sedetik tiada dalam ingatan
pergimu bialah sudah
tapi tanamkan lah keranda cinta di kubur hatiku